Nasehat Nabi Adam Kepada Putranya

Advertisement

SUDUT HUKUM | Nabi Adam a.s. pernah berwasiat kepada puteranya lima perkara dan menyuruh supaya anaknya mewasiatkan juga kepada putera-puteranya dan seterusnya. inilah 5 wasiat itu:




    Nasehat Nabi Adam Kepada Putranya
  1. “Kamu jangan merasa tenang dengan dunia ini, maka saya ketika merasa tenang dengan syurga, Allah s.w.t. tidak redha dan mengusir saya daripadanya.” ( jangan kita merasai ketenangan dengan  dunia kerana Nabi Adam A.S. diusir dari Syurga kerena setelah merasa ketenangan dan lupa diri lalu melakukan kesilapan sehingga Baginda diusir dari Syurga).
  2. “Jangan menurutkan hawa nafsu wanita, maka sesungguhnya saya telah menuriti hawa nafsu wanita sehingga makan pohon yang dilarang dan menyesal."
  3. "Tiap amal yang akan mahu dikerjakan harus kamu perhatikan akibatnya, sebab andaikan saya memikirkan akibat maka saya tidak akan menerima akibat ini.” (Akibat makan buah Khuldi Baginda terpaksa keluar dari Syurga)
  4. "Jika hatimu tidak tenang (goncang), maka hindarilah perbuatan itu, sebab saya ketika akan makan pohon larangan itu goncang hatiku tetapi tidak saya hiraukan, maka saya menyesal."
  5. "Bermusyawarahlah dalam semua urusan sebab andaikan saya musyawarah dengan malaikat tidak akan terkena akibat ini.
Ads