Download Kitab Bidayatul Mujtahid (arab)

Advertisement
Sudut Hukum | Tidak aneh dan bukanlah satu yang pelik sekiranya sesebuah perpustakaan itu dipenuhi dengan pelbagai kitab-kitab Fiqh yang memuatkan perbahasan dan pendapat serta ijtihad para imam Fiqh. Di antara kitab-kitab fiqh yang berharga lagi bernilai adalah kitab Bidayatul Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid karya Imam Abu al-Walid Muhammad B. Ahmad B. Muhammad Rusyd al-Qurthubi ini. 

Beliau lebih dikenali dengan nama Ibnu Rusyd. Mothode dan corak penyampaian di dalam buku ini adalah berbentuk perbandingan mazhab dan pendapat. Dan turut dibahaskan adalah sebab terjadinya perbezaan pendapat di antara mazhab dalam satu-satu bab tertentu yang dibincangkannya. Kini kitab ini telah siap diterjemahkan menjadi dua jilid lengkap. 

Isi kandungannya (untuk jilid pertama dan kedua) memuatkan sekitar persoalan Thaharah (bersuci), Wudhu', Tayammum, Bab Air, Bab Mandi, Bab Najis, Haid, Kitab Solat, Solat Juma'at, Solat orang sakit, Solat-solat Sunnah, Jenazah, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab Musafir, Kitab Haji, Persoalan Jihad, Sumpah dan kaffarah, Nadzar, Korban dan Aqiqah, Sembelihan haiwan, Kitab Makanan dan buruan, kitab nikah, kitab talak, kitab sumpah dan nadzar, kitab mata wang, kitab jual beli, kitab murabahah, kitab sewa, syirkah, syuf'ah, gadaian, hukum barang temuan, hibah/hadiah, wasiat, hukum fara'id, hudud, dan seterunya beberapa yang lain.

Silahkan Download Disini
Ads