Inilah Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia

Advertisement
TOKOH | Ada seorang budak lelaki. Hidupnya agak susah. Dia pernah dihantar ke sekolah namun hanya bertahan beberapa bulan.

Menurut gurunya, budak itu seorang murid yang bodoh dan tidak mampu memahami apa yang diajar. Hanya ibunya yang mengajar budak lelaki itu membaca, menulis dan mengira dirumah.

Budak itu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Sudahlah sekolah tidak kesampaian, pada usia 12 tahun, dia sudah mengerah keringat untuk bekerja.

Budak lelaki itu menjual surat khabar, gula-gula dan buah-buahan ditepi stesen kereta api.

Kesannya, telinga budak itu mengalami masalah. Dia jadi separuh pekak kerana bunyi kuat kereta api telah menjejaskan gegendang telinganya.

Inilah Murid Bodoh Yang Mengubah DuniaMenurut budak itu, dia tidak pernah mendengar burung-burung berkicauan sejak usianya 12 tahun.


Namun, budak itu tidak pernah berhenti berusaha. Hasil berjualan, dia membeli sebuah mesin cetak kecil. Sewaktu usianya 15 tahun, dia telah mencetak naskah surat khabarnya sendiri dan dijual di stesen kereta api tersebut.

Kemudian, dia mendapat kerja sebagai pengirim telegraf. Selama empat tahun bekerja, kesemua gajinya dilaburkan untuk membina sebuah makmal kecil dengan pelbagai peralatan elektrik.

Disitu, dia melakukan bukan puluhan, tapi ribuan eksperimen. Tidurnya hanya empat jam setiap hari.

Hasilnya, penemuannya seperti lampu mentol, gramofon dan filem untuk kamera menjadi pencetus kebangkitan industri elektrik dan rakaman yang memberi impak besar terhadap kehidupan manusia.

Siapa budak lelaki yang dikatakan bodoh oleh gurunya itu?

Dia... Thomas Alva Edison!

from: -SENTIASAPANAS.COM
Ads