Pertanian yang Diharamkan

Advertisement
Sudut Hukum | Setiap tumbuh-tumbuhan yang diharamkan memakannya atau yang tidak boleh dipergunakan kecuali dalam keadaan darurat, maka tumbuh-tumbuhan tersebut haram ditanam, misalnya: hasyisy (ganja) dan sebagainya.

Pertanian yang DiharamkanBegitu juga tembakau kalau kita berpendapat merokok itu haram, dan inilah yang rajih, maka menanamnya bererti haram. Dan kalau berpendapat makruh, maka menanamnya pun makruh juga.

Tidak ada alasan bagi seorang muslim untuk menanam sesuatu yang haram untuk dijual kepada orang selain Islam: Sebab selamanya seorang muslim tidak boleh berbuat haram. Oleh kerana itu seorang muslim tidak diperkenankan memelihara babi untuk dijual kepada orang Kristian. Dasar ini sebagaimana telah sama-sama kita maklumi, bagaimana Islam mengharamkan menjual anggur yang sudah jelas halalnya itu kepada orang yang diketahui, bahawa anggur tersebut akan dibuat arak.[*]

Ads