Siapa yang Boleh Melakukan Ijtihad?

Advertisement
Sudut Hukum | Orang-orang yang dibolehkan melakukan ijtihad bi al-ra’y ialah orang-orang yang dirinya memenuhi syarat dan ahli di bidang ijtihad, di samping mendapat pengakuan dari seluruh ulama Muslim. Seseorang tidak dibolehkan melakukan ijtihad secara sendirian, sekalipun mempunyai keahlian dan bakat dalam suatu bidang. Sejarah telah mencatatkan suatu bukti bahawa terjadinya kekacauan di dalam fiqh Islam selalu bersumber dari adanya ijtihad secra individu. Namun demikian, ijtihad bi al-ra’y juga tidak boleh dilakukan secara kolektif, kecuali jika setiap individu yang terlibat di dalamnya telah memenuhi syarat-syarat sebagai mujtahid. Hal ini juga belum boleh dianggap cukup jika tidak melalui jalan-jalan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam di dalam upaya ijtihad bi al-ra’y dan pengambilan istinbat hukum yang tidak ada nasnya.

Siapa yang Boleh Melakukan Ijtihad?Jika ijtihad dilakukan oleh jemaah yang memenuhi syarat-syarat ijtihad maka tidak akan terjadi kekacauan dan persengketaan yang tajam. Dan dengan menggunakan alat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam di dalam melaksanakan ijtihad bi al-ra’y sudah tentu akan menghasilkan ketetapan yang terjamin kebenarannya, selaras dengan kehendak Allah swt. (Baharum Abu Bakar 1984: 11)Orang-orang yang dibolehkan melakukan ijtihad bi al-ra’y ialah orang-orang yang dirinya memenuhi syarat dan ahli di bidang ijtihad, di samping mendapat pengakuan dari seluruh ulama Muslim. Seseorang tidak dibolehkan melakukan ijtihad secara sendirian, sekalipun mempunyai keahlian dan bakat dalam suatu bidang. Sejarah telah mencatatkan suatu bukti bahawa terjadinya kekacauan di dalam fiqh Islam selalu bersumber dari adanya ijtihad secra individu. Namun demikian, ijtihad bi al-ra’y juga tidak boleh dilakukan secara kolektif, kecuali jika setiap individu yang terlibat di dalamnya telah memenuhi syarat-syarat sebagai mujtahid. Hal ini juga belum boleh dianggap cukup jika tidak melalui jalan-jalan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam di dalam upaya ijtihad bi al-ra’y dan pengambilan istinbat hukum yang tidak ada nasnya.

Jika ijtihad dilakukan oleh jemaah yang memenuhi syarat-syarat ijtihad maka tidak akan terjadi kekacauan dan persengketaan yang tajam. Dan dengan menggunakan alat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam di dalam melaksanakan ijtihad bi al-ra’y sudah tentu akan menghasilkan ketetapan yang terjamin kebenarannya, selaras dengan kehendak Allah swt. (Baharum Abu Bakar 1984: 11)
Ads