Syeikh Muda Wali (wafat 1380H)

Syeikh Haji Muda Wali bin Syeikh H. Muhammad Salim, Asy-Syafil AI-KhalidiSudut Hukum | Syeikh Muda Wali (wafat 1380H)
Syeikh Haji Muda Wali bin Syeikh H. Muhammad Salim, Asy-Syafil AI-Khalidi . Beliau lahir di Labuhan Haji, Aceh Selatan, pada sekitar tahun 1907M. dan wafat 28 Mac 1961, bersamaan dengan 10 Sya`aban 1380H.

Pada waktu remaja belajar agama kepada :
1. Syeikh H.M. Salim Aceh Selatan, ayah beliau sendiri.
2. Syeikh M. Idris Aceh Selatan.
3. Syeikh M. ‘Ali Lampisang, Aceh Besar.
4. Syeikh Mahmud Blang Pidi .
5. Syeikh H. Hasan Kureng Kale, Aceh Besar.
6. Syeikh Hasbullah Indrapuri, Aceh Besar.
7. Syeikh ‘Abdul Ghani Al-Khalidi Batu Basurek, Bangkinang Sumbar.
8. Dan lain-lain Ulama’-ulama’ Besar.

Beliau naik haji ke Makkah, dan setibanya kembali di Indonesia lantas mendirikan Madrasah Tarbiyah Islamiyah di Labuhan Haji. Tidak lama kemudian memperkembangkan perguruannya dengan mendirikan Dayah (pesantren) di Blang Proh Labuhan Haji Aceh Barat, yang luas kompleknya 1 Km. persegi dengan nama “Darussalam fi Manbail ilmi wal Hikam“. Bahagian yang tertinggi dari madrasah beliau diberi nama “Bustanul Muhaqiqiin” (Kebun orang-orang yang memperdalam ilmu-ilmu pengetahuan).

Beliau adalah seorang yang sangat kukuh dan kuat menyebarkan, mempertahankan Agama atas dasar Mazhab Syafi’i dan juga menyebarkan faham Ahlussunnah wal Jama`ah dalam i’tiqad. Bukan beratus, tetapi beribu-ribu murid beliau yang diasuh dan dididik dalam Ibadat Islamiyah menurut dasar Mazhab Syafi’i, tasawuf menurut dasar Tariqat Naqsyabandi Al-Khalidi. Acapkali beliau menuliskan namanya dengan Tuanku Muda Wali Asy-Syafi’i, Al- Asy`ari, Al-Khalidi (Syeikh Muda Wali penganut Mazhab Syafi`i dan faham Ahlussunnah wal Jama`ah dengan Tasawuf Tariqat Al-Khalidi An-Naqsyabandi).

Sesudah beliau wafat pada tahun 1380 (1961M.) maka perguruan beliau dipimpin oleh anak beliau Muhibbuddin Wali, Jamaluddin Wali dan murid beliau,H. Imam Syamsuddin Blang Poroh.
Syeikh Muda Wali (wafat 1380H)
Foto Syekh Muda Wali Bersama anak-anaknya.


Murid-murid beliau yang telah menjadi kader-kader Islam Syafi’iyah yang sekarang menjadi guru-guru agama di pelusuk-pelusuk Aceh sudah banyak sekali di antaranya :
1. Tengku Syeikh Adnan Mahmud Bakongan Aceh.
2. Tengku Syeikh Qamaruddin Taunon Aceh Barat.
3. Tengku Syeikh ‘Utsman Al-Fauzi Cot Iri Aceh Besar.
4. Tuanku Idrus Batu Basurek Bangkinang.
5. Tuanku Labai Sati Malalo Padang Panjang, Sumbar.
6. Tengku Mohd. Daud Zamzamy, Aceh Besar.
7. Tengku Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Saleh, Samalanga Aceh Utara.
8. Tengku Syeikh Mohd. ‘Isa Pudada Aceh Utara.
9. Tengku Mohd. Amin Blang Bladeh Aceh Utara.
10. Tengku Syeikh Syahbuddin Syah Keumala, Aceh Utara.
11. Tengku Syeikh Jamaluddin Teupin Puiti Lho Sukum.
12. Tengku Syeikh Ahmad Blang Nibong Aceh Utara.
13. Tengku Syeikh Nawawi Harahap Tapanuli.
14. Tengku Ja` far Siddik Kota Cane.
15. Tengku Amin ‘Umar Panton Labu Aceh Utara.
16. Tengku ‘Abbas Parembeu Aceh Barat.
17. Tengku Syeikh Mohd. Daud Gayo Aceh Pidi.
18. Tengku Syeikh Ahmad Lam Lawi Aceh Pidie.
19. Tengku Abu Bakar Sabil Alu Tampak Aceh Barat.
20. Tengku ‘Abdul lah Tanoh Mirah Biereu.
21. Dan masih banyak lagi .
Pendeknya dapat dikatakan bahawa Tengku Syeikh Muda Wali adalah seorang Ulama’ Syafi’iyah yang besar, yang membentuk banyak ulama’-ulama’ Syafi`iyah yang siap sedia selalu menegakkan faham Mazhab Syafi`i di Aceh dan di seluruh Indonesia. Pada masa hidup beliau, Tengku Muda Wali menggabungkan diri dengan Parti Islam Perti bersama-sama Tengku H. Hasan Kureng Kalee.

Diambil dari buku: SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas

foto dari: http://goo.gl/Xkb2XX